+++++++++++++++++++++++++++++++++
Mata biru itu memandang kejauhan. Dia keseorangan. Bukan
kerana dia tidak mahu berkawan, tetapi mereka menyisihkannya. Dari yang kecil
hinggalah yang menjadi bapa budak, setiap mata yang memandang ke arahnya, pasti
terdapat perasaan jelik dan benci.
Dia masih kecil, tidak mengerti mengapa setiap kali dia
ingin memulakan persahabatan, tiada tangan yang menyambut salamnya itu. Dia
tidak tahu kenapa kewujudannya seolah-olah tidak kelihatan walaupun dia
dikelilingi insan-insan yang seharusnya tidak mengasingkan anak kecil yang
masih bersih dari segala dosa. Bukankah doa orang yang tidak berdosa diterima
tuhan?
“ibu, kenapa mereka tak suka, Amri?” soalan itu acap kali
disuarakan kepada ibu yang tercinta. Acap kali juga, si ibu tersenyum sehingga
membuang segala tanda tanya yang berlegar dalam diri.
Namun semakin dia membesar, dia semakin faham. Bukan kerana
apa-apa dia dibenci. Tetapi kerana keturunannya.
Bapanya, seorang pegawai British yang berkahwin dengan
ibunya. Atas dasar cinta kata ibunya.
Tetapi, dia tidak percaya. Andai benar atas dasar cinta,
mengapa ibunya ditinggalkan pada waktu Jepun menyerang Tanah Melayu? Dan
mengapa dia tidak kembali saat Tanah Melayu kembali jatuh ke tangan Inggeris
yang tamak haloba mengaut hasil-hasil bumi di tanah yang bukan tanah mereka?
Si Ibu di tinggalkan keseorangan membawa 2 nyawa di dalam
diri saat si kejam memerintah. Dan tahun 1943, ketika pertama kali dia
menghirup udara di rumah bidan tua itu, si ayah tidak bersama mengazankan bayi
suci itu.
Tidak pernah sekali dia melihat wajah si tua penipu itu.
“beritahu saya cita-cita awak, Amri?” ditanya seorang guru
ketika menjejakkan kaki di alam persekolahan. Ah. Budak berusia 8 tahun, apa
sangatlah yang dia tahu mengenai cita-cita.
Namun dengan penuh megah, dia menjawab.
“saya mahu jadi askar, cikgu!” namun tanpa dia duga,
jawapannya hanya mengudang senyuman sinis dari rakan-rakan sekelasnya. Ditambah
pula, si guru bersama turut serta dalam kesinisan tersebut.
“Askar? Anak penjajah seperti kamu mahu jadi askar?
Untung-untung kembali jugalah Tanah Melayu ke tangan Inggeris,”
Dan kata-kata itu berlegar mengisi ruang mindanya.
Apakah salah menjadi anak penjajah? Iya. Mungkin salah.
Mungkin mereka takut darah penjajah itu mengalir dalam darahku. Mungkin mereka
takut aku mengikut jejak langkah bapa ku mengambil pusaka-pusaka bersejarah
nenek moyang mereka di tanah bertuah ini. Heh, mereka salah. Bukan semua kuah
harus tumpah ke nasi.
Kata-kata mereka sememangnya berlegar dalam kepala otaknya.
Namun, tidak sekali mematahkan semangatnya untuk bergelar seorang askar. Soalan
yang sama diulang ketika dia berusia 10 tahun, 12 tahun, 13 tahun dan 15 tahun.
Dan setiap kali dia menjawab soalan itu, setiap kali itulah jawapan yang dia terima
sinis semata dari rakan-rakan dan juga gurunya. Meskipun guru yang lain.
Bukankah seorang guru itu tugasnya membantu dalam membangunkan anak muridnya?
Mengapa terpesong pula tugasnya apabila dia?
1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 14 tahun dia hidup,
namun mentaliti mereka tidak pernah berubah. Dia anak penjajah dan gelaran it
terus bersama membayangi kehidupan sehariannya.
Dan semakin dia dewasa, semakin dia matang menangkis segala
kata-kata insan-insan yang paranoid dengan pemerintahan kuasa-kuasa asing. Dan
semakin dia dewasa juga, semakin kuat keinginannya untuk bergelar askar,
membela tanah airnya.
Ya, tanah airnya. Tanah tumpahnya darahnya. Tanah dimana
tempat dilahirkan. Terserahlah apa juga kata-kata mereka. Biarkan mereka terus
dengan kata-kata sinis mereka. Ya, dia anak penjajah, namun dia juga anak bumi
ini.
Dan pandangannya
terhadap seorang guru berubah apabila dia berusia 17 tahun dan sekali lagi
soalan itu ditanyakan.
Ahmad, beritahu kepada rakan-rakan kamu mengenai cita-cita
kamu,” wajah guru tua penuh keikhlasan. Senyumannya menampakkan baris giginya
yang tidak teratur.
Dia berdiri, tegak dan tegas, lantang menyuarakan
cita-citanya.
“cita-cita saya tidak pernah berubah, cikgu. Saya mahu jadi
askar, dan itulah yang akan saya capaikan,” ujarnya. Dan seperti yang dijangka,
rakan-rakannya memandang sinis, malah ada yang ketawa. Tetapi jangkaannya salah
terhadap guru tua itu.
“mengapa ketawa?” soalannya mematahkan gelak tawa
rakan-rakan sekelasnya.
“mengapa memandang serong akan cita-cita seseorang?”
“tapi dia anak penjajah, cikgu,” seorang membalas kata-kata
guru tua itu.
“lebih mulia dirinya dari diri seorang anak watan yang
bongkak dan haloba,” sungguh cekap sekali guru tua itu bersuara. Dia hanya
memerhatikan guru tua itu memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakan yang
tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang sahabat.
“teruskan cita-cita kamu, Amri. Biarlah apa jua orang kata. Teruskan
cita-cita murni kamu. Saya akan menyokong kamu,”
Dan kata-kata itulah yang menyokongnya untuk berjaya berdiri
di sini hari ini. Di platform ini, dia berdiri menerima anugerah Darjah
Kebesaran Negara, atas segala pengorbanan dan perkhidmatannya selama ini.
Dia kini bukan sekadar si mata biru. Dia ialah si mata biru
yang merupakan antara pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia.
“Aku anak Malaysia,” hati kecilnya berbisik.
*************************************************
that's all :)
No comments:
Post a Comment