Saturday, October 02, 2010

masih ada kah?

masa aku kecik2 dulu, selalu baca buku cerita tentang budak yang jumpa wallet tepi jalan. lepas tu, dia bawak pergi balai polis pulangkan. bila tuan punya wallet dapat wallet tu balik, tuan punya wallet pun bagi la sikit duit sebagai penghargaan kepada kejujuran budak tersebut.

banyak cerita2 camni. cerita dia sebenarnya lebih kurang sama je.. just watak utam ditukar-tukar nama. amin, abu, timah, aminah, ali antara nama2 favourite. cerita ni moral of the stories dia ialah kejujuran. masa aku kecik2, aku da start ar practice kalu jumpa barang orang jangan amik. kesian kat tuan punya barang.

nak tau kenapa aku cerita pasal ni?

cerita dia macam ni. baru baru ni, pergi makan petang(dinner la..sekqarang dinner kol 6.. lepas dari tu tak de makan da) with my friend. and i tak keluar duit lagi dengan duit dalam wallet ada RM 1 je.. tak suka simpan banyak2 dalam wallet... tu sebab guna kreadit card... ahahah..poyo gila aku ni.. tak de pun.. jokes je. tapi siyes, dalam wallet aku jarang ada lebih dr Rm 30. kalo aku bawak banyak pun aku selit la kat poket selar ke, beg ke, or tempat2 tersorok lain.*tolong la jangan pikir kotor*

aku da merapu ni. continue balik. jadi, cik kawan nih telah meminjam duit dia dengan mengeluarkan dr poket beliau,

aku: hang memang tak suka letak duit dalam wallet ke pyqa?
cik kawan: bukan, ni duit lebih, biasa aku kalau duit yang lebih2 or ada orang kasi bayar hutang, aku letak dalam poket laa. malas nak masuk dalam wallet. *hahah..aku la yang berhutang ngan beliau.. kirim McD ri tu*
aku: ooo.. ok.. ni jap lagi aku da kuar duit aku bayar balik tau.. malas ar nak beratur panjang.
cik kawan: ok...
aku: so kau tak bawak wallet ke nih?
cik kawan: tak... pagi tadi aku bawak, petang aku tak bawak ah

ngeh3... nak dijadikan cerita, selepas makan, kami pun jalan balik hostel dr cafe tu.. rumah cik kawan ni depan umah aku. about 5 min lepas kami masuk umah masing2, suddenly....

"ISYAAAAAAAAAAAAAAA!!! wallet aku hilang..."

maghrib kot... tetiba kena jerit cam tu... terkejut aku. aku memang cam heartless sikit.. aku tak tau nak bagi reaksi apa. tapi cam simpati arr kan.. obviously...

aku: ko letak mana sebenarnya?
cik kawan: aku bawak tadi. aku ingat.. aku letak dalam beg
*duh, tadi kata tak bawak*
aku: ko da check betul2 ke?
cik kawan: da.. da selongkar semua da..
aku: *blurrr*

dengan dia merewang2, aku lak main la laptop... siyes aku memang tak tau nak kasi reaksi apa. tapi secara senyap2, aku telah selongkar balik beg dia... takut dia terlepas pandang.. and yes memang tak de..

just aku da cam dapat agak arr... kalu jumpa balik pun, memang tak dapat da duit.. she said dalam tu ada RM 50. and seingat aku pun, masa dia kuarkan duit dari wallet dia pada pagi kejadian, memang ada nampak RM 50.

so, malam tu aku cakap la kat dia suruh dia buat report polis... bukan apa.. takut la kot org wat dajal kat dia kan..campak ic dia kat crime scene ke. naya je jadi suspek. *berkata sebagai anak kepada seorang pegawai polis*

n esok pagi nye, selepas habis lab, she got a call from jabatan keselamatan. yes, someone found it. so nak amik wallet beliau, pakcik dr jabatan keselamatan sanggup pergi jumpa kami kat dragon, utk pulangkan wallet beliau..*tqvm pakcik*

and guess what.. suma duit dalam wallet dia suma dah hilang.. tinggal kad2 sahaja. len suma goodbye suda. but my friend she glad.. sebab kad2 dia suma tak hilang. suma ada. kalu aku pun aku syukur juga.. at least kad2 tu selamat. duit boley cr lain.

apa maksud aku dengan title kali ni? masih ada ke orang2 seperti amin, abu, timah, aminah, ali dalam cerita yang bermoralkan kejujuran tadi? memang menolong tapi, ada je kesempatan, amik duit orang... tak takut ke daging2 dalam badan anda tu jadi hitam sebab makan duit haram? nauzubillah..

mati bila2 masa je... so, fikir2 lah...

kepada cik kawan..sabaq naa...

ps:// setting cerita ini adalah di sekitar kampus berterabur UNIMAP... nape aku rasa pelik sebut perkataan berterabur tu eh? cik kawan rasa, wallet dia hilang di automart kuala perlis, but org yang jumpanya kata jumpa kat Kubang Gajah. possibility nye, wallet tu cicir dalam bas, n budak tu naik bas bawak gi kubang gajah, pulangkan kat pak guard. OR, memang cicir kat automart, and budak tu bawak balik dulu, pastu bawak gi kubang gajah..eheheh.. ntah... owh ye..setting masa ialah antara hari rabu dan khamis yang lepas. ngee..panjang la plak aku tulis..huhu

4 comments:

fyqa said...

entry utk aku??whoaaa...
hahaha..
pizza jom !!

Irsya said...

esok boley? waaaa~

Nad Abdullah said...

cian ko kan pika pi

Irsya said...

kesian sangat... nad,... kalo ko nak satu entry utk ko, buat la satu perkara menarik supaya aku senang nak cerita..ahaha