Friday, June 12, 2009

m3mories~

alkisah bermula kerana tetiba rasa rindu yang mendalam pada sekolah aku..warghh rindu helll... rindu pada kepopularan aku.. hahaha... tak de ar..tp bley dikatakan popular gak ah... huhuhu.... tapi kisah aku tak bermula dari form 1, tp start dari standard 6.

Standard 6

aku kawan ngan budak yang cantik gila arr..ramai org minat kat die. so bila aku rapat ngan dia, ada org cakap, aku tumpang popularity dia ni... heh. please. n dia pun percaya (kot) sebab aku dapat tau dr org lain y dia ckp benda yang sama pasal aku. so, end of the year, aku dapat 4A 1B.
time tu kecewa sebab aku rs macam aku satu skool ngan minah ni tdi... tak yah rasa, memang dapat pun. tp at the same time, aku dapat tawaran skolah kawalan. skolah kawalan ni cm asrama penuh ah. tp kontra nya, dia asrama harian n reqiurement nk masuk pun rendah. bersyukur sebab aku tak yah nk 'tumpang' popularity dia lagi, tp start tu aku promise ngan diri aku yang aku akan cr sendiri apa yang boleh buat org pandang aku. hee~

form 1 (1 Rk 1)

Rk stands for Rancangan Khas. Rk ni dia accept smpi 3a 2c kot tp dengan syarat.. markah time exam UPSR tu tinggi. heh. kire hebat ar aku kan? huk3. herm start aku form 1 ni, class teacher aku Pn. Rohana. dia ni, memang cikgu kelab kebudayaan sekolah aku ni. by the same time, skolah aku ialah anak angkat ISMMA. so dia cr siapa leh jd penari. PENARI ye.. bukan violinist sebab time tu akak senior aku (kak Aien) dia dh under violin. ismma ni ada 4 section time tu. violin, gendang, vocal, n tarian. so time tu, aku join tarian. 4 x kelas je, sebab pastu, Datin (our principal that time) suruh stop sebab tak nak kuar budget. ye lah. nak buat apa kuar duit sekolah nak wat baju suma. heh. so yang tinngal time tu gendang, vocal n violin. masa hujung tahun, ismma ada buat bengkel. time tu lah aku kecek cikgu rohana nk main violin. sebab aku memang minat muzik, esp violin n piano. as usual... dapat..berjaya. huhuh.

cita time form 1 ni...herm... aku antara mangsa buli... hahaha... tp yang teruknya, senior aku ni tak ragging fizikal, dia ragging psychology. teruk kot. tak suka. sampai skang aku benci gila ngan minah sorg ni... nasib baik pas dia abis f3, dia pindah skolah. huhuh... tp, ragging psycho ni mendalam kesan dia. jd kalo aku ragging junior aku, aku tk psycho, aku lebh kepada..."mintak tolong"

Form 2 (2 RK 1)

yay. time ni aku dah start main untuk Ismma. kira dah under mini orchestra ar... asyik2 show, sampai kena marah ngan apak aku. huhu... time ni dah start jatuh dah aku nye study... tp still balance.. n tahun ni ah aku start jd perhatian. first student kot yang pandai main violin. yang lain suma lingkup. huh. kacang je..hahaha... payah ah sebenrnya. kena focus. kalo tak terabur ar. aku dulu kalo beat triple je mesti tunggang terbalik. hak3

n masa form 2 ni, bulan puasa, aku cari pasal ngan gangster skolah. huh...cuak weh... dah ah aku pengawas. budak tu dah nak tumbuk aku dah, then bila aku cakap..." dah ah, bulan puasa ni. aku mintak maaf" berubah siot muka dia..hahaha... menang dengan cara psycho jugak...huhuhu.

oh, aku tak ragging. aku senior yang baik.. hahaha.. n start tahun ni, skolah accept balik tarian.. huhuh. this year gak aku di hurt gila <> oleh insan bergelar lelaki.. first time kot... sialan!

Form 3 ( 3 Rk 2)

herm, sebab aku alpa sangat aku jatuh..tergolek kelas no 2. tp bagusnya, kalo masuk kelas first, laju. aku tak leh catch up. provenye bile aku masuk kelas dorg untuk kelas tambahan.tunggang terbalik hidup aku. n bila masuk kelas 2nd ni, aku score betul2 sebab mana leh, ko duk kelas first before tetiba nak bg org kelas 2nd conqure gak. no way! tp still tak leh nak lawan Faiz ngan firdaus rahman.. always got third, 4th or 5th. itulah lingkungan aku.. huh..hampeh...

by this year gak ah, first time muzik camp peringkat kebangsaan kat kl, tp clash ngan show singapore. nak gi singapore... tp, kak Dewi kata, pergi kem muzik, sebab nk biasakan aku ngan big orchestra. tp gi sana cam c-al gak, sebab kteorg lewat sehari... n the best sentence ever by ***** kontijen, "budak melaka boleh challenge budak ***** ke?" hekelah minah ni... ko br gred 5, nk berlagak. wek.. tak heran ah... huh!

balik dari kem muzik, aku lupakan semua muzik ni, tp mistakes aku ialah, aku lawan ustazah, warden aku sendiri. biasa ar tu...n padahnya, PMR aku 7A 1B. B tu...Agama.hahaha...
pelik pelik je aku ni.

n, gangster skolah yang aku cr gaduh dlu tu, masa awal tahun, tetiba kiteorg baik..n dia ada back up aku bila ad akak senior ni nk ragging aku..hahaha

form 4 (4 Sc 1)

perjalanan kehidupan jahat bermula. tahun ni aku slalu ponteng kelas, lepak bilik warisan ikut bebudak ni menari.huhuhu.. sampai kena sumpah exam bulanan fizik aku tak lulus..naseb baik dia sumpah exam bulanan je.. hahaha...

tahun ni kurang show, tp start jadi anak angkat program Ibu tunggal masjid tanah. bertambah2 show solo.tak pe, asalkan dapat duit.. huhuh..

Sc 1 kena amik 11 subject. tambah IT.. aku beci gila IT masa F4 sebab aku tak de nota n buku rujukan. sebab ckgu aku kata buku rujukan IT harga dia mahal. so salin nota je lah.. n by that time, mana masuk kelas. nota tak lengkap ah... time peksa, org lain dpat 80, 90 aku dapat 60 je..bengong tol... n banyak gila kerja kursus dia..carry marks SPM=30. buat je lah, jd tak jd lain cerita.

Once again, aku join Kem Muzik Peringkat Kebangsaan kali ke-2. kali ni kat perak... aku malas nak cerita, sebab kiteorg memang tak suka kontinjen yang cr pasal ngan kiteorg taun sebelum tu... tp, best ah..sebab pat jalan2. even kampung aku kat Kuala Kangsar pun, still tak berjalan mana pun. balik Bukit Chandan, ulu kangsar. tu je lah..oh satu lagi destinasi, kebun~

herm~ disebabkan kelas aku je amik IT, so, ko drop macam mana pun ko still gak stay kat kelas tu...

Form 5 (5 Sc 1)

tahun ni aku asyik kuar jugak. n also start aku form 4 pun, aku dah tak de kawan pompuan.. kurang... jd, aku kawan ngan lek ah... dia kata ak musuh dia, tp problem kongsi gak... kre take care each other ah... huhuhu...Khusairy. ntah betul ntah tak aku eja nama ko cai..huhuhu.. awal2 tahun dah start gaduh dah, tp bile baik balik tak ingat dunia...masa gaduh tu teruk.... kelas jdi senyap gila.. tak tau ah sapa salah... sebab aku rasa dua2 salah, tp tak nak ngaku.

time ni aku de pertandingan pidato, conduct budak choral speaking.. konsert orchestra ISMMA. huh... dahsyat gila time ni... sampai Pn. Rosni cakap "Anis, saya mintak sangat kat awak, lepas ni stop lah semua aktiviti koku". aku trus cakap ok sebab lepas tu, ISMMA dah tak de panggil show dah.. kalo ada pun aku tak pandang dah... sapa nak jual masa depan?

tp masa bulan julai,kena wakil negeri pergi pertandingan zapin peringkat kebangsaan kat Pahan. siot tol... time tu tak cukup dancers lelaki, maka aku telah meminta ikhsan si Khusairy ni untuk join. mula2 dia tak nak, pas aku dah pakat ngan cikgu rohana suh pujuk dia, akhirnya dia masuk gak.. satu problem bertambah..melembutkan lelaki keras. Nasib baik zapin, tak yah lembut sangat. dbuatnya inang ke, asli ke..mau meraung aku..huhuhu..

balik dari Pahang, apalagi..kena sembur ah ngan puan Rosni..lagi 3 bulan kot nak SPm, boleh bantai berjoget lak..hahaha... balik dr phang tu jugak ada test, monthly test lah tapi... n markah add math kiteorg sama... 61..huhuhu..sumpah kiteorg tak tiru cikgu...betul...itulah kata2 kami. betul tau tak tiru..hakikatnya kiteorg je yang tahu.
"Kami tak tiru, kami cuma bincang"
n 3 bulan tu aku berjaya ah senyapkan Pn. Rosni, sebab aku hanya gi show kecik and time aku balik umah.. n aku akan pastikan, celak ke make up ke tak bawak sampai ke sekolah..huhuhu
pape pun , bila kita wat salah tetap gak salah. sebab tu ah result aku 4A 6B 1C.....
itulah memories aku kat sekolah.. tp form 5 banyk benda lawak ah..sebab aku senior kan... n aku time tu gila-gilanya jd perhatian dek ke'hilang'an aku dr kelas dan sekolah...
mak aih..lengoh tangan... sape baca tu...mekashih lah...jangan sampai juling dah!

1 comment:

Aw Yong SaN said...

hehehe...best plak memory awak... nak dgar citer masa f1 leh x?.... sal buli 'psychology'...
my YM: hercule_alif@yahoo.com